- Kisah ini belaku pada bulan Ogos tahun lepas, sewaktu menjalani "latihan outfield reservist". Kami telah dikerahkan ke kawasan hutan pendalaman Lim Chu Kang untuk mempertahankan sebuah kubu dari serangan musuh. Pada waktu malam itu saya dan rakan telah diarahkan untuk menjaga sebuah kawasan jalan lebih kurang 1km dari kubu kami pada waktu malam.
Dipendekkan cerita, pada pukul 2 pagi, sedang kami bersembunyi di semak samun, tiba-tiba terdengar nyanyian seorang perempuan dalam bahasa Cina dengan sayu sekali. Saya tegur rakan "Kau dengar tu? Ada suara perempuan Cina menyanyi." Rakan menjawab "Dengarlah, tak mungkin radio. Mana ada perempuan kat hutan malam malam buta begini?". Dengan jelas suara nyanyian itu seperti dari atas pokok tidak jauh dari kawasan persembunyian kami.
Dengan tidak membuang masa kami lari terus ke kubu dengan tidak menoleh belakang. Kami lari macam nak gila, bayangkan saya dengan senjata yang diusung dan rakan pula dengan 'radio kawalan jauh'. Sampai sahaja di kubu, rakan-rakan dan pegawai lain terkejut dengan keadaan kami. Mereka bertanya, "Ada Musuh? Kenapa tak radio kami?" Kami pun menceritakan keadaan sebenar. Seorang pegawai kami berkata, "Oh lupa pulak, hari ni adalah malam pertama malam hantu "hungry ghost festival", hantu berkeliaran, berjaga-jaga".
Kami pun disuruh berehat sampai pagi di kubu. Peristiwa yang tak dapat saya lupakan.