Jumat, 17 April 2020

Hantu Duyung

Saya ada cerita yang ingin dikongsi. Pengalaman ini berlaku kepada nenek, mak saudara dan sepupu saya. Saya hanya menyampaikannya sahaja. Ia berlaku setahun yang lalu di rumah lama kami. Untuk pengetahuan anda, kami berpindah ke rumah baru kerana rumah lama kami akan dirobohkan dan dibina jalanraya. Kami sekeluarga tinggal di rumah baru, sementara nenek saya tidak mahu lagi meninggalkan rumahnya itu. Jadi dia, mak saudara serta sepupu saya, tinggal di rumah lama sementara menuggu ianya dirobohkan. Semua rumah di sekeliling rumah kami yang lama, sudah dikosongkan . Jadi di kawasan itu hanya ada nenek, mak saudara dan sepupu saya sahaja.

Pada satu malam, ketika mereka sedang menonton televisyen, mereka terdengar bunyi di atas bumbung. Mereka tidak menghiraukannya pada mulanya. Tiba-tiba sepupu saya mendengar bunyi orang berjalan di luar rumah padahal tiada siapa yang tinggal di kawasan itu melainkan mereka. Dia menyangkakan ada orang ingin mencuri. Jadi, dia pun keluar untuk memeriksa. Alangkah terkejutnya dia, apabila melihat sebuah mahkluk seperti duyung sedang berbaring sambil tangan di kepala dan melihatnya dengan mata yang merah sambil tersenyum. Ekornya dikibas-kibas. Sepupu saya yang melihatnya terus menjerit dan berlari memasuki rumahnya lalu menceritakan kepada nenek dan maknya. Mereka duduk di ruang tamu dalam ketakutan.

Sepupu saya ini adalah seorang yang berani. Dia mengambil penyapu dan melihatnya di luar tingkap. Tiba-tiba, dia melihat `duyung` itu melompat di atas bumbung jiran dengan ekornya. Dia berlari ke ruang tamu dan duduk bersama mak dan nenek. Di dalam rumah itu , terdapat seekor kucing hitam. Kucing itu meraung sepanjang malam itu. Mereka hanya beristighfar dan duduk di ruang tamu tidak boleh melelapkan mata sampai pagi. Itu sahaja, terima kasih...